Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pulau Croatia berbentuk hati untuk dijual

Anggaran Waktu Membaca:
CROATIA: Sebahagian daripada pulau kecil di Laut Adriatik yang unik berbentuk hati, yang digelar sebagai Pulau Cinta oleh para pelancong, akan dijual.

Pulau Galesnjak yang tidak berpenghuni itu merupakan pulau yang sangat dikenali di Croatia. Sebahagian daripada pulau itu sedang ditawarkan kepada bakal pembeli bagi pembangunan.

"Lebih sejuta gambar dipetik di pulau ini dan kawasan sekelilingnya. Saya rasa popularitinya sangat tinggi," kata Silvestro Kardum, seorang jurucakap pemilik tanah yang ditawarkan untuk dijual.

Tiada hotel, vila atau restoran di pulau kecil itu. Namun ramai selebriti yang menaiki kapal layar mereka sering ke Galesnjak pada setiap musim panas.

"Beyonce mengadakan sambutan hari jadinya yang ke-39 di pulau ini. Dia akan berada di sini selama beberapa hari atau minggu setiap tahun. Michael Jordan berada di sini tahun lalu, Jeff Bezos juga. Tiada kekurangan selebriti di kawasan ini," kata Encik Kardum.

Hasil daripada penjualan itu akan dilaburkan di tempat lain, kepada masyarakat tempatan, tambahnya.

"Pulau itu mempunyai kawasan seluas 142,000 meter persegi dan lebih kurang 40,000 meter persegi akan dijual dengan harga 13 juta euro (S$18 juta)," katanya.

Encik Kardum menambah bahawa bakal pembeli menelefonnya setiap hari.

Pada 2019, para saintis dari Jabatan Arkeologi Universiti Zadar di Croatia menemui kediaman manusia sejak 7,000 tahun lalu di pulau tersebut.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan