Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pulang ke kampung dibenarkan bagi Hari Raya Aidiladha di M'sia

Jika pada Aidilfitri yang lepas, orang ramai tidak dapat menyambutnya bersama keluarga di kampung ekoran larangan rentas negeri, namun pada Aidiladha yang jatuh pada Jumaat ini tiada sebarang sekatan perjalanan akan dibuat.

Anggaran Waktu Membaca:
Pulang ke kampung dibenarkan bagi Hari Raya Aidiladha di M'sia

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 28 Jul 2020 02:10PM Dikemas Kini : 28 Jul 2020 02:14PM

KUALA LUMPUR: Jika pada Aidilfitri yang lepas, orang ramai tidak dapat menyambutnya bersama keluarga di kampung ekoran larangan rentas negeri, namun pada Aidiladha yang jatuh pada Jumaat ini tiada sebarang sekatan perjalanan akan dibuat.

"Tiada sekatan rentas negeri mahupun daerah. Orang ramai bebas untuk balik kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha," demikian kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob pada sidang media berkenaan perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen semalam.

Bagi ibadah korban pula, kerajaan memutuskan untuk menghadkan jumlah lembu atau haiwan lain yang dikorbankan iaitu tidak lebih 10 ekor lembu bagi masjid, surau dan lokasi yang dibenarkan. Bagaimanapun, had maksimum itu juga tertakluk kepada keluasan lokasi tersebut.

Jumlah kehadiran sewaktu ibadah korban dijalankan juga ditetapkan dengan nisbah 20 orang bagi seekor lembu termasuk petugas sembelih, melapah dan yang mengedarkan daging, malah tiada kenduri dibenarkan kecuali makanan berbungkus diedar kepada petugas.

Pada Isnin (27 Jul), jumlah kes positif COVID-19 kembali mencatatkan satu angka iaitu tujuh kes selepas kali terakhir mencatatkan satu angka pada 23 Julai.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberi amaran gelombang ketiga pandemik COVID-19 bakal melanda Malaysia sekiranya rakyat terus alpa daripada mematuhi peraturan seperti pemakaian pelitup separuh muka dan penjarakan sosial.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan