Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pukul bantai budak 7 tahun, wanita ditahan polis

Seorang wanita ditahan polis di Jalan Sungai Tua, Batu Caves pada Khamis (28 Mac) kerana disyaki memukul serta menendang anak angkatnya yang berusia tujuh tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Pukul bantai budak 7 tahun, wanita ditahan polis

Gambar lakonan penderaan anak (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 29 Mar 2019 09:29AM Dikemas Kini : 29 Mar 2019 09:30AM

KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditahan polis di Jalan Sungai Tua, Batu Caves pada Khamis (28 Mac) kerana disyaki memukul serta menendang anak angkatnya yang berusia tujuh tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata wanita berusia 30 tahun itu ditahan di sebuah kedai makan pada kira-kira 5.00 petang oleh anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

"Polis menerima aduan berhubung satu rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dipukul seorang wanita dan mangsa menangis apabila ditendang beberapa kali di bahagian badan.

"Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku di sebuah apartmen di Taman Raintree, Batu Caves pada 2018," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata wanita itu dipercayai melakukan perbuatan itu untuk melepaskan geram terhadap suaminya yang juga bapa saudara mangsa. Pasangan itu dikatakan sudah bercerai awal tahun ini.

Wanita itu akan direman hari ini untuk membantu siasatan di bawah Akta Kanak-kanak 2001. 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan