Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Puasa Ramadan cuma 60 minit sahaja di bandar Rusia ini

Anggaran Waktu Membaca:
Puasa Ramadan cuma 60 minit sahaja di bandar Rusia ini

(Gambar: Instagram/lalusatriamalaca)

Diterbitkan : 19 Mar 2025 10:37AM Dikemas Kini : 19 Mar 2025 10:42AM
MURMANSK: Pelik tetapi benar, tempoh berpuasa di kota ini hanya selama 60 minit sahaja.

Pengalaman berpuasa dalam jangka masa paling singkat itu dikongsikan oleh seorang warga Indonesia, Lalu Satria Malaca, yang menetap di Murmansk, Rusia, berhampiran Kutub Utara.

Satria, yang bekerja sebagai pemandu pelancong, menjelaskan bahawa tempoh puasa sejam itu berlaku ketika musim sejuk, disebabkan oleh fenomena 'polar night', iaitu keadaan di mana matahari tidak terbit dalam tempoh tertentu, lapor Sinar Harian.

"Ketika polar night, matahari langsung tidak kelihatan. Pada pukul 11.00 pagi atau 12.00 tengah hari, keadaan masih gelap. Akibatnya, jarak masa antara waktu Subuh dan Maghrib hanya kira-kira sejam," katanya lagi.

Beliau turut mengajak para pelancong untuk merasakan pengalaman unik berpuasa di Murmansk.

Menurutnya, keadaan berbeza ketika musim panas, terutamanya pada bulan Julai, apabila matahari hampir tidak pernah terbenam.

Ini menyebabkan tempoh berpuasa menjadi lebih panjang, mencecah 23 jam sehari.

Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Murmansk, tetapi juga di bandar-bandar dalam lingkaran Kutub Utara seperti Tromsø di Norway, Lapland di Finland, Iceland, dan Alaska di Amerika Syarikat (AS).

"Waktu ibadah di sini berubah setiap hari bergantung kepada kedudukan matahari," jelasnya, seperti dinukil laporan Sinar Harian.

Beliau menambah bahawa untuk beberapa tahun akan datang, Ramadan akan jatuh pada bulan Disember, menjadikan tempoh puasa tetap pendek.

Perkongsian unik Satria yang dimuat naik ke Instagram pada Disember lalu telah meraih lebih 7.4 juta tontonan dan lebih 500,000 tanda suka sehingga kini.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan