Puan Noor Aishah ikon kesetiaan dan kemuliaan budi, jadi teladan kepada wanita rantau ini: PM Anwar
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Puan Noor Aishah merupakan ikon kesetiaan dan kemuliaan budi yang menjadi teladan kepada wanita di rantau ini.
Demikian menurut Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menerusi catatan Facebook beliau pada Selasa (22 Apr).
Puan Noor Aishah, balu kepada Presiden pertama Singapura Yusof Ishak, meninggal dunia pada usia 91 tahun pada pukul 4.28 pagi Selasa.

"Perginya seorang tokoh wanita yang menjadi tunjang kekuatan Singapura di tahun-tahun pembentukan identiti nasional mereka amat mengusik jiwa.
"Puan Noor Aishah tidak sekadar pendamping kepada seorang tokoh dan pemimpin negara, tetapi merupakan ikon kesetiaan dan kemuliaan budi yang menjadi teladan kepada wanita di rantau ini.
"Kesederhanaan beliau ternyata menjambatani hubungan antara pemimpin dengan rakyat terbanyak," kata Encik Anwar.
Encik Anwar bersama seluruh rakyat Malaysia turut menyampaikan ucapan "takziah yang terdalam kepada keluarga almarhumah. Semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin".

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.