PRU15: Tiada pengundian bagi Parlimen Padang Serai; tarikh baru mengundi pada 7 Dis
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: Bernama)
PADANG SERAI : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Umum P017 Parlimen Padang Serai pada 7 Disember menyusuli kematian calon PKR, Karupaiya Mutusami tiga hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dengan itu, Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh memberitahu, tiada pengundian dijalankan di Parlimen Padang Serai pada Sabtu (19 Nov).
Menurutnya lagi, penamaan calon pula ditetapkan pada 24 November manakala tarikh mengundi awal pada 3 Disember.
"Tempoh berkempen ditetapkan selama 13 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 24 November sehingga pukul 11.59 malam, 6 Disember ini (Selasa)," katanya dalam kenyataan pada Jumaat (18 Nov).
Encik Abdul Ghani turut memaklumkan, permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negeri akan dibuka secara dalam talian dari 18 November hingga 22 November ini.
Katanya lagi, ketetapan itu dibuat semasa Mesyuarat Khas pada Jumaat yang memutuskan bahawa PRU Ke-15 Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai perlu diadakan semula.
Beliau memberitahu, pada hari penamaan calon, calon-calon layak yang sah dinamakan sebelum ini perlu hadir ke pusat penamaan calon bagi tujuan cabutan undi untuk menentukan giliran pada kertas undi.
"Sementara itu, bakal calon baru yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai, hendaklah menyerahkan kertas penamaan calon yang lengkap diisi dan disemak oleh pejabat pegawai pengurus oleh calon atau penyokong atau pencadangnya semasa proses penamaan di pusat penamaan calon yang ditetapkan SPR," katanya.
Menurutnya lagi, SPR akan meneruskan penyiaran secara langsung proses-proses pilihan raya menerusi penstriman secara langsung bagi pusat atau saluran mengundi yang terpilih di laman Facebook SPR sebagaimana yang
dilaksanakan pada pilihan raya sebelum ini.
Menurut beliau, seramai 2,468 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses pengundian dengan 46 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 230 tempat mengundi serta saluran dan satu satu pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi dua tempat mengundi atau saluran awal akan digunakan.
"Jadi keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 47 buah dengan 232 tempat mengundi atau saluran," jelasnya.
Tambah Encik Abdul Ghani lagi, perjalanan pilihan raya kali ini dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM 1.6 juta.
Daftar pemilih pilihan raya yang akan digunakan untuk PRU Ke-15 Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai adalah daftar pemilih terkini sehingga daftar pemilih tambahan
Ogos lalu yang dikemas kini sehingga 9 Oktober lalu.
"Parlimen Padang Serai mempunyai 133,867 pemilih termasuk 133,776 daripadanya adalah pengundi biasa, 76 orang polis dan 15 orang pengundi tidak hadir luar negara.
Mendiang Karupayia yang juga penyandang kerusi Parlimen Padang Serai meninggal dunia Rabu lalu akibat komplikasi jantung di Hospital Kulim.
Pada PRU15 ini, mendiang sepatutnya menyaksikan persaingan enam penjuru dengan calon dari Barisan Nasional, Sivaraj Chandran; Hamzah Abd Rahman (Pejuang); Azman Nasrudin (Perikatan Nasional); Mohd Bakhri Hashim (Warisan); dan Amanda AK dari bebas.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.