Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PRU15 tetap diteruskan, kata Ismail Sabri Yaakob

Anggaran Waktu Membaca:
PRU15 tetap diteruskan, kata Ismail Sabri Yaakob

Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob, (Gambar fail: Vincent Thian/AP)

JASIN: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diteruskan meskipun terdapat beberapa negeri yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata semua negeri berhak untuk membubarkan DUN masing-masing pada bila-bila masa.

“(Bagaimanapun), saya mencadangkan dan mengesyorkan jika boleh diadakan secara bersama (pembubaran Parlimen dan DUN) tetapi keputusan telah dibuat oleh enam negeri. 

“Jadi pilihan raya (PRU15) akan diteruskan seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Loji Rawatan Air Kompak Chin Chin 3 pada Jumaat (14 Okt).

Semalam, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat memutuskan untuk mengekalkan pendirian tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Encik Ismail Sabri berkata mengadakan pilihan raya berasingan akan menyusahkan rakyat yang terpaksa keluar mengundi dua kali dan melibatkan perbelanjaan tinggi untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mengulas mengenai keputusan PAS untuk memperkukuh kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN), Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata UMNO sudah menjangkakan perkara tersebut lebih awal.

Justeru itu, beliau berkata Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini sudah membuat beberapa kenyataan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersedia bergerak solo pada PRU15.

Bagaimanapun, katanya beliau menghormati keputusan mana-mana parti dan menyifatkan tindakan PAS sebagai hak parti berkenaan.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat semalam memutuskan untuk memperkukuh kerjasama dalam PN bagi menghadapi PRU15 dan ia dibuat atas prinsip penyatuan ummah.
 
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan