Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PRU15: Tawaran manifesto BN berasas, tidak tiru sebarang pihak, kata Naib Presiden UMNO

Anggaran Waktu Membaca:
PADANG TERAP: Naib Presiden UMNO, Mahdzir Khalid menegaskan, mana-mana pihak terutama parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak perlu mengklasifikasikan tawaran yang dinyatakan dalam manistesto masing-masing sebagai hak mutlak mereka, menurut Astro Awani.

Menurut beliau, perkara yang lebih penting adalah bagaimana tawaran atau janji yang dikemukakan itu mampu memberi manfaat kepada rakyat.

Sehubungan itu, tegas Encik Mahdzir, dakwaan yang ditimbulkan kononnya manifesto Barisan Nasional (BN) meniru parti lain tidak perlu ditimbulkan memandangkan apa yang ditawarkan mempunyai asas kukuh dan bersandar pada realiti semasa, lapor Astro Awani.

"Kemudian ada pula yang dakwa kata, (manifesto) yang ini kita punya (dan tanya) kenapa Barisan Nasional letakkan dalam dia punya new deal ataupun tawaran kepada rakyat,

"Sebenarnya soal tawaran kepada rakyat, yang pentingnya bukan nak bergaduh pasal manifesto, yang kita nak adalah manfaat yang rakyat boleh dapat berasaskan kepada realiti dan praktikal, itulah yang kita nak, tidak perlulah nak dakwa ini saya punya itu awak punya jadi sebab yang penting kita nak tolong rakyat."

"Ini bukan soal nak jadi popular, tetapi apa yang praktikal dan boleh dilaksanakan untuk membantu rakyat, rakyat dah tengok yang itu," kata beliau lagi.

Encik Mahdzir berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Gotong-Royong bersama Komuniti Kubang Kenyeng, di Padan Terap, pada Isnin (14 Nov).

Semalam (13 Nov), Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Hamzah Zainuddin mendakwa, BN meniru manifesto parti berkenaan berhubung isu kerakyatan anak yang dilahirkan di luar negara, seperti dinukil Astro Awani.

Encik Hamzah mendakwa, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah memasukkan isu ini dalam manifesto BN ketika menjadi Menteri Dalam Negeri sebelum ini.
 
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan