Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PRU15: Ramai balik kampung untuk mengundi; jumlah pengundi Kelantan dijangka 'sihat'

Anggaran Waktu Membaca:
PRU15: Ramai balik kampung untuk mengundi; jumlah pengundi Kelantan dijangka 'sihat'

Suasana di Terminal Bas Kota Bharu sesak pada 18 November sedang ramai pulang mengundi dalam PRU15. (Gambar: Ruzaini Rashid)

KOTA BHARU: Jumlah pengundi di negeri Kelantan yang keluar mengundi pada Sabtu (19 Nov) dijangka 'sihat' selepas ramai anak jati negeri itu pulang ke kampung halaman bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

Ketua Polis Kelantan Md Zaki ditukil laporan tempatan sebagai berkata lagi hampir 1,400 anggota tambahan akan dikerahkan bagi memastikan proses mengundi berjalan lancar.

Mentelah lagi, beberapa kawasan di Kelantan sudah dilanda banjir musim tengkujuh.

Namun, pihak berkuasa menyatakan jumlah penduduk di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelantan sudah berkurangan.

Malah, beberapa PPS di Rantau Panjang misalnya sudah diubah menjadi pusat mengundi.

RAMAI PENGUNDI MUDA PULANG KE KAMPUNG JELANG HARI MENGUNDI

Di samping itu, Encik Md Zaki menambah jumlah kenderaan yang memasuki Kelantan sejak semalam sudah meningkat 15 peratus.

Ini disebabkan ramai warga Kelantan yang berada di luar negeri pulang ke kampung mereka untuk mengundi.

Sebahagian besar yang ditemui BERITAmediacorp adalah pelajar yang juga merupakan pengundi kali pertama.

Salah daripada mereka ialah Tuan Nadirah Akmal Tuan Rosli yang berkata: "Saya pulang bagi menjalankan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia dan sebagai pengundi kali pertama, pasti saya rasa bersemangat."

Para pengundi muda seperti Nadirah meluahkan harapan agar negeri kelahiran mereka dapat dipertingkatkan sebaik saja selepas PRU15.

"Harap-harap siapa yang menang itu boleh membangunkan balik Kelantan sebab macam makin mundur Kelantan sekarang ini," kata Amirshah Azhar.

Seorang lagi pengundi kali pertama, Nur Najihah Rusli, berkongsi: "Saya rasa perlu mengundi sebab kita hendak Malaysia semakin maju jadi perlukan kerajaan yang dapat memimpin kita ke arah ke depan."

Golongan pengundi kali pertama membentuk hampir 100,000 daripada jumlah pengundi di negeri Darul Naim itu.

IKHTIAR SAAT-SAAT AKHIR

Sementara itu, kesemua parti yang bertanding di Kelantan masih terus mempergiatkan usaha mendampingi para penduduk pada hari terakhir berkempen pada Jumaat (18 Nov).
(Gambar: Ruzaini Rashid)
Barisan Nasional (BN) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengadakan sesi-sesi bersasar seperti mengedarkan risalah dan menerangkan manifesto masing-masing bagi negeri Kelantan.

Majoriti penduduk Kelantan adalah orang Melayu/Islam.

Naratif bagi kedua-dua BN dan PAS semasa berkempen kelihatan serupa.
(Gambar: Ruzaini Rashid)
BN memperjuangkan mesej kestabilan dan kemakmuran manakala PAS pula memperjuangkan kerajaan yang stabil dan tidak menerima rasuah.

Dengan kedua-dua pihak juga menabur janji untuk mengukuhkan ekonomi Kelantan, persaingan antara kedua-dua parti di Kelantan itu diramalkan sangat sengit.

Secara keseluruhannya, 1.4 juta warga Kelantan layak ke kotak undi.
Sumber : BERITA Mediacorp/RU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan