Skip to main content

Dunia

PRU15: PKR, DAP mula perkenalkan barisan calon lebih muda, golongan profesional

Anggaran Waktu Membaca:
PRU15: PKR, DAP mula perkenalkan barisan calon lebih muda, golongan profesional

Presiden PKR, Anwar Ibrahim. (Gambar: Pusat Media PH)

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) mula memperkenalkan barisan calonnya bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Terdiri daripada muka-muka baru, mereka juga merangkumi golongan karyawan dan akademik.

Memperjuangkan kepelbagaian, PH bertekad untuk memenangi sokongan para pengundi muda dan mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Presiden Parti Keadilan Rakyat PKR Anwar Ibrahim memperkenalkan barisan calon yang terdiri daripada para pemimpin perusahaan, ahli akademik dan golongan profesional pada Rabu (26 Okt).

Menurut Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, barisan calonnya yang pelbagai adalah hasil maklum balas orang ramai yang mahukan calon-calon dari latar belakang berbeza.

Parti komponen PH, Parti Tindakan Demokratik DAP turut mengumumkan barisan calon mereka secara bertahap-tahap mengikut negeri.

Setiausaha Agung DAP Anthoy Loke turut mengumumkan barisan calon bagi negeri Pahang terdiri daripada 5 orang yang lebih muda, iaitu tambahan satu berbanding dalam PRU14.

"Ini adalah barisan calon yang amat muda tetapi mereka semuanya ada pengalaman, bukannya calon baru. Muka baru di peringkat parlimen tetapi mereka sudah ada pengalaman di peringkat Dewan Undangan Negeri, sama ada satu penggal ataupun dua penggal," kata Encik Loke.

Lebih ramai calon akan diumumkan beberapa lagi parti dalam hari-hari mendatang dengan PKR bakal mengumumkan baki calonnya Jumaat ini.

Perikatan Nasional pula bakal berbuat demikian, hujung minggu ini.
Sumber : Bernama/AA/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita