PRU15: PH umum Anwar Ibrahim calon Perdana Menteri M'sia
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden PKR, Anwar Ibrahim. (Gambar: Pusat Media PH)
IPOH: Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya gabungan itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan perkara itu dalam Konvensyen Harapan di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) pada Khamis (20 Okt), menurut laporan Astro Awani.
"Majlis Presiden PH melalui proses temu rapat di Port Dickson, temu rapat di Seremban dan siri mesyuarat... membuat keputusan... memasuki PRU15, PH menawarkan kepada rakyat Malaysia, satu nama jika mandat diberikan... calon Perdana Menteri kita adalah Anwar Ibrahim," katanya, lapor Astro Awani.
Timbalan-timbalan Pengerusi PH yang antaranya, Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Panglima Wilfred Madius Tangau; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu turut hadir di acara tersebut.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu yang juga penyandang kerusi Parlimen Port Dickson, turut mengesahkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada PRU15.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.