Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PRU15: Pengundi Johor dijangka lebih rendah disebabkan musim tengkujuh, masalah ekonomi

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Nov 2022 04:38PM Dikemas Kini : 02 Nov 2022 11:04PM

JOHOR BAHRU: Para penduduk negeri Johor dibebani isu penularan COVID-19, masalah ekonomi dan musim tengkujuh, menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Para penganalisis berkata masalah-masalah tersebut mungkin membawa kepada jumlah rendah orang yang keluar mengundi, terutama di kawasan-kawasan yang paling terdedah kepada banjir.

Namun dengan jumlah terbesar kerusi parlimen yang dipertandingkan di Semenanjung Malaysia, parti-parti politik sedang berusaha gigih untuk memenangi hati 2.5 juta pengundi di Johor.

Sebuah sekolah pernah menjadi pusat penempatan sementara bagi 20 keluarga, pada awal Oktober lalu selepas rumah-rumah mereka di daerah Pontian terjejas banjir.

"memang teruklah, habis semua barang-barang," kata seorang mangsa banjir di Pontian yang ingin dikenali sebagai Mansor. 

Dengan isu banjir masih dalam ingatan mereka, pilihan raya umum mungkin perkara terakhir yang difikirkan sekarang.

Kali ini ramai menjangkakan kempen dan pengundian mungkin berlaku semasa hujan lebat.

Para penduduk Johor juga baru saja memilih para anggota Dewan Undangan Negeri Mac lalu.

"Kos kehidupan telah melambung, nilai Ringgit telah merosot. Ramai yang menyalahkan para ahli politik, bukan faktor-faktor luaran sejagat atau perang di Ukraine. Mereka menyalahkan ahli politik, jadi kita tahu sama ada mereka percaya undi mereka boleh buat perbezaan. Jadi mereka mungkin menyerah saja," ujar Dr Serina Rahman, seorang pensyarah Pengajian Asia Tenggara di Universiti Nasional Singapura (NUS). 

"Tiada rasa teruja untuk mengundi," luah seorang lagi penduduk. 

Dalam pilihan raya peringkat negeri yang lalu, hanya 50 peratus pengundi yang menjalankan tanggungjawab mereka.

Barisan Nasional tetap menang majoriti dua pertiga meskipun jumlah pengundinya adalah antara yang paling rendah sejauh ini.

Kemenangan serupa juga diharapkan BN dalam PRU15 nanti.

Sumber : CNA/AA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan