PRU15: Pengundi awal Parlimen Padang Serai, DUN Tioman tunai tanggungjawab pada 3 Dis
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Anggota keselamatan dan pasangan mereka akan menunaikan tanggungjawab mengundi pada pengundian awal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Padang Serai, Kedah, serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang, pada Sabtu (3 Dis).
Satu pusat pengundian awal melibatkan dua tempat mengundi atau saluran awal akan dibuka pada pukul 8.00 pagi bagi Parlimen Padang Serai, manakala dua pusat pengundian awal dengan dua saluran akan digunakan untuk DUN Tioman.
Menurut senarai Daftar Pemilih Pilihan Raya yang digunakan bagi kedua-dua pilihan raya itu, terdapat 76 anggota polis bagi Parlimen Padang Serai manakala 262 anggota polis di DUN Tioman.
Suruhanjaya Pilhan Raya (SPR) menyarankan semua pihak yang hadir ke pusat mengundi pada Sabtu agar mematuhi prosedur operasi standard perlindungan diri dengan memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal serta sentiasa mensanitasi tangan.
SPR sebelum ini menetapkan hari pengundian PRU15 bagi Parlimen Padang Serai ditangguhkan kepada 7 Disember berikutan kematian calon Pakatan Harapan (PH), M. Karupaiya, pada 16 November lalu.
Manakala, pengundian DUN Tioman ditangguhkan berikutan kematian calon Perikatan Nasional (PN) Md Yunus Ramli, pada 3.30 pagi hari pengundian lalu (19 Nov), yang dipercayai akibat serangan jantung.
Proses penamaan calon bagi Parlimen dan DUN tersebut berlangsung pada 24 November lalu, diikuti pengundian awal pada Sabtu ini dan 7 Disember ditetapkan sebagai hari pengundian.
Parlimen Padang Serai menyaksikan pertembungan enam penjuru antara calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak, Azman Nasrudin (PN-Bersatu), C. Sivaraj (Barisan Nasional (BN-MIC), Hamzah Abd Rahman (Pejuang-Putra), Sreanandha Rao (Bebas) dan Mohd Bakhri Hashim (Parti Warisan).

Warisan kemudian mengumumkan tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya berkenaan, namun logo Warisan masih tersenarai dalam kertas undi kerana sudah didaftarkan sebagai antara parti yang bertanding.
DUN Tioman pula melibatkan persaingan lima penjuru antara calon PN Nor Idayu Hashim, Mohd Johari Hussain (BN), Osman A Bakar (Pejuang) dan Sulaiman Bakar (Bebas) walaupun calon PH, Mohd Fadzli Mohd Ramly, mengumumkan untuk menarik diri kerana logo PH masih tersenarai dalam kertas undi.
Keputusan PRU15 pada 19 November lalu menyaksikan PH memperoleh 82 kerusi Parlimen, PN (73), BN (30), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Bebas (dua) serta Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu kerusi.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.