Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PRU15: Pengerusi Bersatu Kedah lawan Dr Mahathir di Langkawi

Anggaran Waktu Membaca:
PRU15: Pengerusi Bersatu Kedah lawan Dr Mahathir di Langkawi

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Dr Mahathir Mohamad selepas Sesi Dialog secara tertutup bersama NGO Gabungan Ikhlas di Yayasan Kepimpinan Perdana pada 23 September 2022. (Gambar: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kedah, Mohd Suhaimi Abdullah diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Langkawi, sekali gus bakal berdepan dengan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Selain itu, dua pemimpin utama Bersatu kekal bertanding di kerusi yang disandang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini, lapor Sinar Harian. 

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin kekal bertanding di kerusi tradisinya di Pagoh manakala Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin di Larut.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Cheka, Pahang.

Pengumuman calon PN di Terengganu dan Kelantan akan berlangsung pada Rabu (2 Nov). 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan