Skip to main content

Dunia

PRU15: Mukhriz kecundang di Jerlun

Anggaran Waktu Membaca:
PRU15: Mukhriz kecundang di Jerlun

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Mukhriz Mahathir. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 20 Nov 2022 03:20AM
KUALA LUMPUR : Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Mukhriz Mahathir yang bertanding di Parlimen Jerlun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kecundang dengan perbezaan undi besar kepada calon Perikatan Nasional (PN).

Dalam keputusan yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Ahad (20 Nov), Encik Mukhriz hanya mendapat 3,144 undi berbanding Dr Abd Ghani Ahmad (PN) yang mendapat 31,685 undi.

Dr Abd Ghani menang dengan majoriti 20,456 undi.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) Othman Aziz memperoleh 11,229 undi, diikuti dengan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Mohamed Fadzil Mohd Ali (6,149 undi).

Sebelum ini Mukhriz, Encik Othman dan Dr Abd Ghani pernah bertembung di kawasan sama pada PRU14.

Keputusan pada masa itu menyaksikan ia berpihak kepada Encik Mukhriz yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) memperolehi 18,695 dengan majoriti 5,866 undi.
Sumber : Agensi berita/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita