Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PRU15: Muhyiddin 'tiada masalah' debat dengan calon PM

Anggaran Waktu Membaca:
PRU15: Muhyiddin 'tiada masalah' debat dengan calon PM

Muhyiddin Mohd Yassin. (Gambar: Bernama)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata beliau bersedia untuk berbahas dengan mana-mana calon perdana menteri akan datang, lapor Sinar Harian.

Kenyataan itu dibuat menyusuli cadangan pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim untuk mengadakan perbahasan antara calon perdana menteri daripada tiga gabungan utama yang akan bersaing pada pilihan raya umum (PRU) ke-15.

Encik Muhyiddin menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan cadangan itu.

Namun beliau meletakkan syarat supaya tujuan perbahasan itu tidak termasuk sebarang muslihat daripada mana-mana pihak.

"Saya tiada masalah untuk debat atau dialog.

"Kalau penganjur jemput secara rasmi, (debat) itu sesuai, tidak timbul reaksi tidak elok dan dibuat secara adil, saya tiada masalah," katanya, seperti dilapor Sinar Harian.

Encik Muhyiddin juga berkata beliau boleh membincangkan isu-isu berkaitan pemulihan negara, ekonomi dan pendidikan serta isu antarabangsa dalam perbahasan tersebut.

Beliau turut menegaskan debat itu mesti diadakan bukan untuk tujuan lain, selain membincangkan isu-isu penting untuk kepentingan negara.

Selain Encik Anwar dan Encik Muhyiddin, calon perdana menteri lain adalah daripada BN, iaitu perdana menteri sementara Encik Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, Encik Ismail sebelum ini menolak cabaran debat daripada Encik Anwar, dengan mengatakan bahawa debat sebegitu bukan budaya politik Malaysia dan tidak akan membawa manfaat, menurut laporan Sinar Harian itu.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan