Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PRU15: Muhyiddin nafi PN mungkir janji tidak bertanding di Sarawak

Anggaran Waktu Membaca:
PRU15: Muhyiddin nafi PN mungkir janji tidak bertanding di Sarawak

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin di satu acara kempen di Pendang, Kedah pada 7 November 2022. (Gambar: Facebook/Muhyiddin Yassin)

PENDANG: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin menafikan bahawa beliau mengingkari janji yang dibuat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) bahawa PN tidak akan bertanding di negeri itu semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mantan perdana menteri itu mendakwa janji yang dibuatnya kepada pengerusi GPS, Abang Johari Abang Openg, hanya membabitkan pelibatan Bersatu, dalam pilihan raya negeri Sarawak sebelum ini, dan bukannya semasa pilihan raya parlimen sekarang.

Encik Muhyiddin berkata demikian sebagai menjawab kritikan GPS baru-baru ini bahawa PN sudah mungkir janji untuk tidak bertanding kerusi di Sarawak.

Ini selepas PN kemudian mengumumkan akan bertanding empat kerusi parlimen di Sarawak.

Sementara itu, satu lagi parti komponen PN, Parti Se-Islam Malaysia (PAS), meletakkan Hamdan Sani di Batang Lupar.

Encik Muhyiddin berkata walaupun PN menghormati dasar GPS, PN sudah ditubuhkan di Sarawak dan sebagai pengerusi PN, beliau perlu menghormati dan menghargai pemimpin Bersatu dan PN di negeri itu.

 
Sumber : Agensi berita/LL/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan