Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PRU15: Muhyiddin berharap rundingan bentuk kerajaan dimuktamad sebelum petang Ahad

Anggaran Waktu Membaca:
 PRU15: Muhyiddin berharap rundingan bentuk kerajaan dimuktamad sebelum petang Ahad

Presiden Perikatan Nasional PN) Muhyiddin Yassin bercakap kepada para wartawan semasa sidang media menyusuli Pilihan Raya Umum ke-15 pada 20 Nov 2022. (Gambar: CNA/Fadza Ishak)

SHAH ALAM: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berharap rundingan bersama kepimpinan parti politik lain untuk membentuk kerajaan dapat dimuktamadkan sebelum petang Ahad (20 Nov).

Dalam sidang media di Pusat Media Utama PN di Shah Alam, beliau memberitahu bahawa PN akan mengadakan rundingan bersama kepimpinan parti dari Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat, lapor Astro AWANI.

“Setakat hari ini rundingan bersama parti dari Sabah dan Sarawak amat menggalakkan.

“Kita juga ada terima surat daripada pihak Istana Negara dan kandungannya saya tidak perlu sebutkan dan ia memberikan kepada kita perkara yang perlu kita sempurnakan. Perkara ini perlukan kita ambil langkah secepat mungkin.

"Maknanya sebahagian daripada perbincangan akan kita lakukan pada esok hari dan harap dapat dimuktamadkan sebelum petang (Ahad),” jelasnya ketika sidang media di Pusat Media Utama PN di Shah Alam pada pagi Ahad (20 Nov).

Beliau sebelum itu turut mengalu-alukan parti lain untuk bergabung membentuk kerajaan kecuali Pakatan Harapan (PH).

“Demi menjamin kestabilan, PN juga mengalu-alukan penyertaan mana-mana parti yang bersedia menerima prinsip perjuangan PN untuk membentuk sebuah kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil.

“Dengan PN mengetuai kerajaan, kita berharap dapat mewujudkan situasi politik yang paling stabil,” jelasnya.

Turut hadir dalam sidang media berkenaan adalah Timbalan Pengerusi PN Abdul Hadi Awang serta beberapa kepimpinan tertinggi parti komponen Bersatu, PAS dan Gerakan.
Sumber : Agensi berita/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan