Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PRU15: Meski catat prestasi teruk, BN mungkin dalang politik bagi bentuk kerajaan baru

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Walaupun Pilihan Raya Umum ke-15 Malaysia pada Sabtu (19 Nov) menyaksikan gabungan Barisan Nasional (BN) mencatat prestasi buruk, parti itu mungkin masih memainkan peranan penting untuk menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan seterusnya.

Kekalahan BN menyebabkan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin oleh ahli politik pembangkang Anwar Ibrahim dan mantan Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin berada di kedudukan teratas untuk membentuk kerajaan seterusnya.

Terdapat 222 kerusi di Dewan Parlimen Malaysia dan mana-mana gabungan kerajaan perlu meraih sekurang-kurangnya 112 kerusi untuk menguasai majoriti.

Sebanyak 220 kerusi dipertandingkan pada Sabtu selepas pengundian di kawasan Kedah ditangguhkan berikutan kematian seorang calon.

Pengundian turut digantung di beberapa pusat mengundi di Sarawak akibat banjir.

PH dan sekutunya menang 82 kerusi dan meletakkan parti itu di tempat pertama buat masa ini.

Jumlah itu termasuk kerusi Muar yang dimenangi oleh Pakatan Demokratik Bersatu Malaysia (MUDA) Syed Saddiq.

PN menang 73 kerusi manakala BN menduduki tempat ketiga dengan hanya memenangi 30 kerusi parlimen.

Meskipun prestasi buruk Barisan Nasional (BN) yang menyaksikan nama-nama besar seperti Menteri Kewangan Malaysia sementara Tengku Zafrul Aziz tersingkir, BN mungkin dalang politik yang akan membantu mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

Walaupun PH secara teorinya boleh membentuk majoriti mudah tanpa BN jika kerusi yang dimenangi oleh blok Borneo diambil kira, namun itu bukan hakikatnya buat PN.

Jika PN mendapat sokongan semua ahli Parlimen, parti itu akan menang 108 kerusi parlimen, hanya kurang daripada 112 kerusi yang diperlukan untuk majoriti.

Gabungan itu memerlukan sokongan sekurang-kurangnya beberapa ahli BN untuk mencapai majoriti.

GABUNGAN TIDAK JELAS

Sehingga Isnin petang (21 Nov), jumlah muktamad dan gabungan yang dibuat masih tidak jelas.

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg pada Ahad (20 Nov) menyatakan sokongannya kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), dengan mengatakan bahawa GPS bersedia untuk bekerjasama dengan PN, BN dan GRS untuk membentuk kerajaan persekutuan seterusnya.

Namun kenyataan berhubung gabungan tersebut disangkal oleh Encik Ahmad Zahid dari BN dalam satu kenyataan pada Ahad petang (20 Nov) yang berkata partinya tidak adakan sebarang perbincangan dengan GPS.

Penyertaan BN akan menjadi kunci kepada rancangan PH, walaupun tidak semua 30 calon yang memenangi kerusi berminat dengan langkah tersebut.

Veteran BN Hishammuddin Hussein adalah antara beberapa ahli politik yang menolak kerjasama dengan PH.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan