Skip to main content

Dunia

PRU15: Mangsa banjir Rantau Panjang hilang keyakinan terhadap kerajaan, tidak keluar mengundi

Anggaran Waktu Membaca:
KOTA BHARU: Banjir yang kerap kali melanda kawasan Rantau Panjang khasnya di kampung Tersang menyebabkan sebahagian besar mereka tidak keluar menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri, Adun Gual Periok, Mohamad Awang pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan Dun, Pembentangan Belanjawan 2023 pada Ahad (27 Nov).

Katanya, dalam soalan tambahan yang dikemukakan, beliau bertanyakan berkenaan khidmat kaunseling kepada mangsa banjir selepas kerap mengalami banjir di kawasan mereka.

"Mangsa banjir sudah hilang keyakinan kepada kerajaan dalam menangani masalah banjir yang kerap kali berlaku di kampung mereka, sehinggakan mereka tidak mahu keluar mengundi pada PRU lalu," Astro AWANI memetik kata-kata Encik Mohamad.

"Terdapat lebih 2,000 mangsa banjir dari beberapa kampung sekitar Rantau Panjang yang baru-baru ini terpaksa berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam jangka masa lama.

"Mereka itu adalah mangsa banjir yang mengalami banjir dua kali pada tahun ini kerana limpahan air sungai Golok," katanya.

Encik Mohamad berkata, mangsa banjir terkesan secara emosi dan psikologi sehinggakan mereka tidak keluar mengundi walaupun berada di PPS.

Menjawab soalan dari ADUN Gual Periok itu, pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, Mumtaz Md Nawi pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14 pada Ahad (27 Nov) memaklumkan bahawa kerajaan persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudahpun menyediakan khidmat kaunselor kepada mangsa banjir untuk memberikan sokongan moral serta nasihat kepada mangsa banjir di PPS.

Kaunselor itu berperanan memberikan nasihat bagi menangani kesan psikologi dan emosi kepada mangsa banjir yang kerap kali berdepan banjir di kawasan mereka.
Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita