PRU15: Khairy Jamaluddin bertanding di Sungai Buloh
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin Abu Bakar sah bertanding di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Demikian menurut laporan Sinar Harian.
Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang memandangkan kerusi Parlimen Rembau yang disandangnya diserahkan kepada Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan.
Beliau yang hadir ketika Majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional (BN) mengesahkan bakal dicalonkan di Parlimen Sungai Buloh.
“Sah, saya tanding P107 Sungai Buloh,” katanya pada Majlis Pengumuman Calon Parlimen BN di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Selasa (1 Nov).
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos pula memaklumkan beliau ditempatkan bagi merebut kerusi Parlimen Sungai Besar.
“Ya saya tanding di Sungai Besar,” katanya kepada Sinar Harian.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.