PRU15: Ismail Sabri kekal calon Perdana Menteri M'sia untuk BN
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
BAGAN DATUK: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi mengulangi keputusan bahawa Ismail Sabri Yaakob akan kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia sekiranya gabungan tersebut memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Malaysia.
Encik Ahmad Zahid berkata walaupun Encik Ismail Sabri tidak memegang jawatan paling tinggi parti, itu bukan isu yang perlu diperbesarkan.
“Ini kerana proses memilih Perdana Menteri bukan hanya terletak kepada keputusan parti politik tetapi kita harus menghormati kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong yang boleh melantik mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat (Seri Paduka) baginda mempunyai sokongan majoriti di dewan tersebut," kata presiden UMNO itu.
Penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk itu berkata demikian kepada media di kediamannya di Kampung Sungai Nipah Darat di Bagan Datuk pada Isnin (7 Nov).
Beliau diminta mengulas dakwaan bahawa satu undi kepada BN bersamaan satu undi untuk Encik Ahmad Zahid menjadi Perdana Menteri Malaysia dan isu itu dijadikan modal pembangkang semasa berkempen PRU15.
Encik Ahmad Zahid berkata pembangkang akan menggunakan apa sahaja isu yang boleh memberi kemenangan kepada mereka.
"Apa yang penting BN perlu melepasi jambatan sokongan daripada rakyat dan cukup jumlah kerusi (Parlimen) untuk BN membentuk kerajaan, itu kita berikan keutamaan," katanya.
Encik Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan berkata Encik Ismail Sabri kekal dinamakan sebagai ‘poster boy’ BN pada PRU15 dan calon Perdana Menteri, dengan pendirian gabungan berkenaan berhubung perkara itu tidak berubah sekiranya BN menang pilihan raya.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.