Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PRU15: Ismail Sabri, Ahmad Zahid pertahan Parlimen masing-masing

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob, dicalonkan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Parlimen masing-masing di Bagan Datuk dan Bera pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Encik Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN pada majlis pengumuman calon BN pada Selasa malam (1 Nov) turut mengumumkan Timbalan Presiden UMNO yang Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan sebagai calon BN bagi kerusi Rembau, Negeri Sembilan.

Beliau turut mengumumkan dua lagi calon daripada kalangan ‘Top 5’ UMNO iaitu Naib Presiden UMNO Mahdzir Khalid sebagai calon untuk mempertahankan kerusi Parlimen Padang Terap, Kedah manakala Mohamed Khaled Nordin akan bertanding di Kota Tinggi, Johor.

Top 5 merujuk kepada presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.

Encik Ahmad Zahid mengumumkan Setiausaha Agung BN yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dr Zambry Abd Kadir dicalonkan untuk bertanding di Parlimen Lumut.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan