Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PRU15: Hari mengundi 19 Nov; tarikh penamaan calon pada 5 Nov

Anggaran Waktu Membaca:

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu, 19 November, sebagai tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November manakala pengundian awal pada 15 November.

Pelaksanaan pilihan raya itu akan melibatkan peringkat Parlimen di seluruh negara dan negeri-neger yang sudahpun membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Perak, Pahang serta Perlis.

Turut diadakan serentak adalah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah.

Namun, negeri-negeri Pakatan Harapan (PH) dan PAS tidak akan mengikuti langkah itu, lapor Malaysiakini. 

Tempoh penggal bagi Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor – yang sudah mengadakan pilihan raya negeri lebih awal sebelum ini – pula masih panjang.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh di sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung pilihan raya berkenaan di Putrajaya pada Khamis (20 Okt). 

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen ke-14 berkuat kuasa 10 Oktober bagi memberi laluan kepada PRU15 selepas mendapat kelulusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan