Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PRU15: Hampir 95 peratus jalankan tanggungjawab undi awal

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Sejumlah 94.72 peratus atau 212,961 pengundi melibatkan anggota keselamatan dan pasangan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 Malaysia dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, di Sabah pada Selasa (15 Nov).

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan pada Selasa malam berkata proses pengundian awal itu membabitkan anggota tentera dan pasangan, anggota polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan.

Justeru beliau berkata SPR merakamkan ucapan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana menjalankan tanggungjawab dengan amat baik bagi proses pengundian awal itu yang bermula pukul 8.00 pagi.

"Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Penerangan, media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada SPR," katanya.

SPR menetapkan Sabtu ini (19 Nov) sebagai hari pengundian bagi PRU15 Malaysia dan PRK DUN Bugaya.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan