PRU15: GTA pertaruh calon di 121 kerusi Parlimen
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir dan Dr Mahathir Mohamad. (Gambar fail: Bernama)
KUALA LUMPUR: Gerakan Tanah Air (GTA) mengumumkan 121 calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Antara nama yang disenaraikan, Dr Mahathir Mohamad yang akan bertanding di kerusi Parlimen Langkawi; Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Mukhriz (Jerlun), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu).
Dr Mahathir, Mukhriz dan Amiruddin memenangi kerusi tersebut pada PRU14 atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), menurut laporan Astro Awani.
Selain itu, Timbalan Presiden Pejuang, Marzuki Yahya akan bertanding di kerusi Parlimen Sungai Petani, manakala Ketua Pejuangnita, Nurul Ashikin Mabahwi di Ampang.
Sementera Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Ibrahim Ali akan mencuba nasib di kerusi Parlimen Rantau Panjang, meninggalkan kerusi Parlimen Pasir Mas, lapor Astro Awani.
Timbalan Presiden Putra, Mohd Khalid Mohd Yunus pula dinamakan sebagai calon GTA untuk kerusi Parlimen Jempol.
Encik Mohd Khalid merupakan bekas menteri Kabinet Barisan Nasional (BN) ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Filem Nasional (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri pula diletakkan di kerusi Parlimen Port Dickson, lapor Astro Awani.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.