PRU15: GTA kenal pasti 17 kerusi di Johor
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Mukhriz Mahathir. (Gambar: Bernama)
BATU PAHAT: Gerakan Tanah Air (GTA) sudah mengenal pasti 17 daripada 26 kerusi Parlimen di Johor untuk gabungan itu bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Pengerusi Penaja GTA Mukhriz Mahathir.
Beliau berkata kawasan terlibat adalah kawasan majoriti pengundi Melayu, termasuk Parlimen Pagoh yang disandang Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin.
"Bagaimanapun, senarai calon akan dimuktamadkan esok sebelum diumumkan secara rasmi pada 2 November ini. Tentunya kita serius dalam menawarkan calon, bukan masuk dalam pilihan raya untuk berseronok.
“Kita tahu kita berhadapan dengan saingan yang sangat sengit yang datangnya dari parti-parti yang sudah lama bertapak di negeri ini, contohnya UMNO," kata Presiden Pejuang itu selepas merasmikan pelancaran Jentera PRU15 GTA Negeri Johor di Batu Pahat pada Sabtu (29 Okt).
GTA, yang dianggotai Pejuang, Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), sebelum ini dilaporkan berhasrat untuk bertanding di kira-kira 120 kerusi Parlimen dalam PRU15.
Ketika diminta mengulas mengenai keengganan beberapa gabungan untuk bekerjasama dengan GTA dalam pilhan raya kali ini, Encik Mukhriz berkata ia mungkin disebabkan mereka sudah selesai mengagihkan kerusi dalam kalangan parti komponen mereka.
"Saya tidak pastilah apa sebabnya (enggan kerjasama). Agaknya mereka rasa di peringkat-peringkat akhir hendak dekat pilihan raya, mungkin sudah dipersetujui dalam kalangan mereka mengenai agihan kerusi.
"Jadi bila kita bincang berkenaan dengan kerjasama politik, bermakna ada kerusi yang terpaksa mereka korbankan untuk beri ruang kepada gabungan-gabungan lain, mungkin itulah sebabnya," terang beliau.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 November, penamaan calon pada 5 November dan pengundian awal pada 15 November.

Sumber : Bernama/ZM/zm
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.