Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PRU15: Dr Mahathir akur GTA kurang dapat sokongan di beberapa kawasan

Anggaran Waktu Membaca:

SHAH ALAM: Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa GTA kurang mendapat sambutan di beberapa kawasan yang ditandingi kerana ramai pengundi masih kurang jelas dengan gabungan itu.

“GTA akan berusaha menjelaskan kepada pengundi tentang gerakan kami, tentu ada kawasan yang kurang baik (kurang mendapat sambutan), itu kita sedang usahakan supaya mereka faham apa itu GTA dan manfaat yang mereka akan peroleh kalau undi GTA,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas Sesi Tinjauan Mesra bersama calon GTA-Pejuang Mohd Rafique Rashid di Pasar Malam Seksyen 24 pada Rabu (9 Nov), Dr Mahathir bagaimanapun tidak menyatakan kawasan yang dimaksudkan.

Mengulas mengenai Encik Mohd Rafique yang akan bertanding di Parlimen Shah Alam, Dr Mahathir berkata beliau yakin dengan kemampuan calon GTA itu.

“Di Selangor peluang GTA baik, banyak tempat sambutannya agak baik kalau kita melawat tapi kita tidak ada banyak sepanduk dan bendera sebab kita tidak ada duit,” kata Dr Mahathir. 

Ditanya mengenai kawasan yang boleh ditawan GTA, Dr Mahathir menjawab: “Banyak tempat kita boleh menang ... Langkawi, tempat lama saya Kubang Pasu, (tempat Datuk) Amirudin (Hamzah) sekarang dan Jerlun tempat (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir).”

Beliau berkata GTA akan mengumumkan manifestonya pada Khamis (10 Nov). 

GTA merupakan pakatan empat parti politik iaitu Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) serta gabungan badan bukan kerajaan yang membentuk Gagasan Bangsa (GB).

Pada PRU15, calon GTA bertanding menggunakan logo Pejuang kecuali di Kelantan yang menggunakan logo Putra.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan