PRU15: Calon muda di Kelantan lebih tumpukan perihal ekonomi daripada kempen berbaur agama
Anggaran Waktu Membaca:

Bendera gabungan-gabungan parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 di jalan raya menuju sebuah pusat penamaan calon di Gombak. (Gambar: CNA/ Fadza Ishak)
KOTA BHARU: Calon-calon muda dari parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 (PRU15) di negeri Kelantan berikrar untuk meningkatkan mata pencarian serta nasib penduduk negeri itu.
Tumpuan kempen mereka juga didapati lebih memberikan perhatian kepada perihal pemerkasaan ekonomi berbanding isu-isu agama.
Lebih-lebih lagi, dengan warga Kelantan kini sedang berdepan dengan cabaran seperti mendapatkan akses kepada kemudahan asas serta bangkit daripada COVID-19.
Antara mereka yang hilang mata pencarian adalah Che Hazli Husin, 61 tahun apabila banjir musim tengkujuh melanda di kawasan perumahannya di Rantau Panjang, Kelantan.
Perniagaan ternakan beliau baru saja pulih selepas dibadai pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.
RAKYAT HILANG MATA PENCARIAN, TIADA AKSES KEMUDAHAN ASAS
Beliau berkata: "Dalam satu bulan pendapatan saya lebih kurang RM15,000 (S$4,490) sebulan hilang, tiada siapa ganti. Lembu saya tahun ini mati 47 ekor, tiada satu orang pun tanya."
Cabaran besar yang dialami Che Hazli itu membuat beliau dan penduduk lain berharap wakil Ahli Parlimen baru mereka nanti, adalah seorang yang aktif mendekati penduduk Kelantan.
Seorang lagi penduduk Kelantan yang sudah bersara, Mat Zain Ismail berkongsi: "Kita mengharapkan kerajaan baru akan membuat perubahan daripada pemindahan kerajaan lepas."
CALON MUDA TIDAK KAITKAN ISU POLITIK & AGAMA
Bagi calon muda yang bertanding di Kelantan, mereka sedar pentingnya menjalin hubungan yang teguh bersama warga Kelantan.
Lantaran itu, mereka mengambil pendekatan yang berbeza semasa berkempen berbanding dahulu di mana isu politik dan agama sering dikaitkan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Maka itu, calon-calon muda di Kelantan sekarang lebih memilih untuk menumpukan kepada isu ekonomi semasa berkempen.
Calon Bachok Parti Islam Se-Malaysia Syahir Che Sulaiman berkata: "Budaya politik baru ini tidak menganaktirikan mana-mana negeri. Jadi bagi saya, prospek masa depan Kelantan lebih cerah untuk tarikan pelaburan, prasarana dan juga projek-projek pembangunan daripada persekutuan."
Pakatan Harapan pula lebih menumpukan naratif ekonomi Kelantan dari sudut lebih luas.
"Saya rasa paling penting untuk Pakatan Harapan mengimbangi ekonomi koridor Pantai Barat dan Pantai Timur. Tambahan pula, koridor Pantai Timur ini merupakan majoriti adalah orang Melayu dan kalau keseimbangan Pantai Barat dan Pantai Timur ini tidak dapat lakukan.
"Maka kita lihat banyak penghijrahan dari Pantai Timur ke Pantai Barat dan akan merugikan Kelantan pada masa panjang," ujar calon Rantau Panjang Pakatan Harapan, Dr Wan Shah Jihan Wan Din.
Calon Barisan Nasional Nurul Amal Mohd Fauzi di Kubang Kerian juga akur dengan peri perlunya strategi yang berbeza.
Malah, kempen Cik Nurul Amal beberapa hari kebelakangan ini disertai artis seperti Adi Putra dan Johan As'ari agar dapat menarik pelbagai lapisan usia di kawasan itu.
"Sebenarnya di Kubang Kerian ini ada banyak golongan kerana ia di luar bandar. Ada golongan belia yang perlu kita ambil berat. Satu lagi golongan B40 dan M40 yang perlu dititikberatkan dan masih lagi memerlukan tentang kebajikan dan sebagainya," kata beliau.
Pendekatan bersasar sedemikian diharapkan dapat memenangi hati pengundi Kelantan yang berusia 50 tahun ke bawah.
Mereka disifatkan para pengamat sebagai golongan yang lebih terbuka kepada kepelbagaian dan misi baru yang diperjuangkan calon muda.
Golongan pengundi itu membentuk lebih separuh daripada 1.4 juta warga Kelantan yang layak mengundi pada Sabtu (19 Nov).

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.