Skip to main content

Dunia

PRU15: BN yakin menang di Kedah

Anggaran Waktu Membaca:
PRU15: BN yakin menang di Kedah

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 21 Aug 2022 05:17PM
KUALA NERANG: Barisan Nasional (BN) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) optimis boleh memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Kedah, sekali gus dapat merampas semula negeri itu pada pilihan raya umum berkenaan.

Naib Presiden UMNO Mahdzir Khalid berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan laporan yang diterima pihaknya mengenai sokongan rakyat terhadap BN di Kedah pada masa ini.

“Kita mempunyai keyakinan yang tinggilah...saya fikir bahawa laporan, aktiviti dan juga melihat kepada suasana, saya yakin bahawa kita boleh dapat yang kita cita-citakan (menang di Kedah pada PRU15),” katanya kepada para pemberita pada Ahad (21 Ogos).

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai keyakinan BN untuk menang pada PRU15 di Kedah, namun enggan mengulas lanjut mengenai kerjasama UMNO dengan PAS di negeri itu pada PRU15 kelak.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata isu mengenai kapal tempur pesisir (LCS) wajar dilaporkan secara terbuka supaya ia difahami rakyat bagi mengelakkan isu itu dijadikan sebagai bahan politik seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semasa PRU14 pada PRU15 nanti.

“Sebab itu Perdana Menteri ada sebut bahawa ada keterbukaan dalam siri laporan yang nak dilaporkan. Jadi mana yang boleh diklasifikasi sebagai bukan lagi rahsia, bagilah rakyat tahu apa-apa yang sepatutnya," katanya.

Media pada Ahad (21 Ogos) melaporkan bahawa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata rakyat berhak mendapat penjelasan berhubung isu pembekalan kapal tempur itu dan kerajaan tidak akan berselindung dalam hal tersebut kerana ia berkait soal integriti.

Perdana Menteri menegaskan isu pembekalan aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang melibatkan kontrak berjumlah RM9.13 bilion (S$2.83 bilion) itu perlu dijelaskan dengan teliti supaya tidak berlaku spekulasi dan rakyat tidak membuat keputusan sendiri.

Mengenai pelancaran pusat itu, Encik Mahdzir berkata Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) diwujudkan bagi menyediakan pelbagai kemudahan peralatan bagi tujuan keusahawanan dan untuk kegunaan masyarakat luar bandar secara percuma.
Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita