Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PRU15: BN tidak umum calon di 6 kerusi Parlimen

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) membuat satu lagi ‘kejutan’ apabila tidak mengumumkan beberapa kerusi yang akan ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Antara kerusi yang tidak diumumkan adalah Parlimen Tanjung Karang, Jempol, Bandar Tun Razak, Kuala Nerus, Tumpat dan Kuala Pilah, lapor Sinar Harian. 

Selain itu, 25 kerusi Parlimen di Sabah yang akan ditandingi parti itu juga tidak diumumkan pada pada Majlis Pengumuman Bakal Calon Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Selasa (1 Nov). 

Menurut Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi, senarai calon Parlimen Sabah yang akan mewakili parti itu akan diumumkan secara bersama gabungan parti di negeri itu dalam masa terdekat.

“Berikut adalah calon-calon bagi kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh BN untuk seluruh negara kecuali 25 kerusi Parlimen Sabah yang akan diumumkan secara bersama parti gabungan di negeri berkenaan,” katanya, seperti dipetik Sinar Harian. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan