Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PRU15: BN terima, hormati keputusan rakyat, kata Zahid Hamidi

Anggaran Waktu Membaca:
PRU15: BN terima, hormati keputusan rakyat, kata Zahid Hamidi

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 20 Nov 2022 03:17AM Dikemas Kini : 20 Nov 2022 03:17AM
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Presiden UMNO itu, BN menganggap keputusan malam ini (19 Nov) sebagai satu isyarat besar dari rakyat kepada parti tersebut.

“Namun begitu, BN akan terus komited untuk terus memberi sumbangan dalam melihat sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan," katanya kepada Astro AWANI.

“Kami bersedia mengenepikan perbezaan sentimen kami sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi ini (20 Nov).

Sehingga pukul 1.30 pagi Ahad, BN hanya memperoleh 23 kerusi Parlimen jauh ketinggalan berbanding Pakatan Harapan (PH) sebanyak 52 kerusi dan Perikatan Nasional 53 kerusi.

Dalam pada itu, Encik Ahmad Zahid berkata, BN sentiasa komited untuk melihat hubungan baik antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak dan bersedia menjadi jambatan bagi mengukuhkan hubungan antara tiga wilayah itu.

“Dalam masa yang terdekat, BN akan memberikan tumpuan bagaimana untuk mengembalikan kekuatan parti kami, terutama sekali untuk menangani cabaran semasa dan lebih memahami keperluan generasi baru,” kata beliau lagi.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa