PRU14: Nurul Izzah menang kerusi Parlimen Permatang Pauh
Nurul Izzah Anwar memenangi kerusi Permatang Pauh di Pulau Pinang bagi Parti Keadilan Rakyat.

Nurul Izzah, anak sulung Anwar Ibrahim. (Gambar: AFP/Manan Watsyayana)
KUALA LUMPUR: Nurul Izzah Anwar memenangi kerusi Permatang Pauh di Pulau Pinang bagi Parti Keadilan Rakyat.
Demikian menurut keputusan rasmi yang diumumkan semalam (9 Mei).
Nurul Izzah, anak sulung mantan timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim, meraih sehingga 35,534 daripada keseluruhan 84,789 undi.
Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Zaidi Mohd Said, yang memperolehi 19,866 undi dan calon Parti Islam SeMalaysia Afnan Hamimi Taib Azamudden yang meraih 14,428 undi.
Kerusi tersebut sebelum ini disandang sama ada oleh Encik Anwar atau isterinya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wan Azizah Wan Ismail sejak tahun 1982.
Dr Wan Azizah memutuskan untuk bertanding kerusi Pandan di Selangor dalam pilihan raya kali ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.