Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PRU tidak sesuai tahun ini, kata naib presiden PAS

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: PAS kekal dengan pendiriannya sebelum ini bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak sesuai diadakan pada tahun ini.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, pandangan itu disuarakan sejak sekian lama, dan akan diulangi dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu (21 Sep), jika perkara itu kembali bangkit.

Katanya lagi, pandangan PAS berlandaskan kenyataan pihak berkaitan termasuk Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa beberapa negeri berkemungkinan dilanda banjir besar pada hujung tahun ini.


“Kita (PAS) beri pandangan bahawa dalam suasana hari ini, tak perlu diadakan PRU, terutamanya dekat banjir, yang kita tahu dah, akan ada banjir. Nanti ia akan menyukarkan kalangan agensi kerajaan untuk menguruskan pilihan raya (sewaktu banjir),” katanya, seperti dinukil Astro Awani.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Menara Tabung Haji, di sini pada Selasa (20 Sep).

Idris berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bahawa beliau akan membangkitkan soal penentuan tarikh PRU dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu.

"Saya akan bawa dalam Kabinet juga. Apa yang disebutkan oleh semua pihak. Kalau Muhyiddin kata nak PRU15 cepat, tidak kira sebab, kita akan bincang dalam Kabinet kerana ada wakil dalam Kabinet. Ada wakil Bersatu, GPS (Gabungan Parti Sarawak) dan UMNO.

"Kita akan bawa dalam mesyuarat Kabinet. Secepat mungkin, mungkin mendahului Top 5. Rabu ini akan ada mesyuarat Kabinet sebelum saya berlepas ke UNGA (Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu). Mungkin saya boleh bawa dalam mesyuarat Kabinet minggu ini,” kata Perdana Menteri pada Selasa.

Mengulas lanjut, Idris berkata, PAS juga kekal konsisten dengan pendirian sebelum ini bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri di bawah parti itu iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, tidak akan dibubarkan, sekiranya Parlimen dibubarkan tahun ini.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan