Skip to main content

Dunia

Proton lancar kenderaan elektrik pertama

Anggaran Waktu Membaca:
Proton lancar kenderaan elektrik pertama

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 16 Dec 2024 06:57PM Dikemas Kini : 16 Dec 2024 07:04PM
KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (Proton) pada Isnin (16 Dis) melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama keluaran nasional,
e.MAS 7 yang ditawarkan pada harga bermula RM109,800 (S$33,300) bagi varian Prime.

Proton e.MAS 7 Premium pula ditawarkan pada harga bermula RM123,800 (S$38,000) dan kedua-duanya mempunyai lima pilihan warna, lapor Astro Awani.

Harga tersebut termasuk jaminan selama enam tahun tanpa had jarak perbatuan, jaminan bateri dan komponen selama lapan tahun atau 180,000 kilometer jarak perbatuan.

Kedua-dua varian mempunyai prestasi sama iaitu kuasa maksimum 160 kilowatt sejam (kWh) dengan 'torque' 320 Nm yang memberikan pecutan 0-100 kilometer sejam sepantas 6.9 saat dan mempunyai kelajuan maksimum 175 kilometer sejam.

Perbezaannya adalah dari segi kapasiti bateri yang turut mempengaruhi jarak perjalanan, kelengkapan dan juga kemasan.
Varian Prime dilengkapi bateri berkapasiti 49.25 kWh yang memberikan jarak perjalanan 345 KM WLTP dan menyokong pengecasan DC 80 kWh.

Bagi varian Premium, ia mempunyai bateri berkapasiti 60.22 kWh dengan jarak perjalanan 410 KM WLTP dan menyokong pengecasan DC 100 kWh.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita