Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Prosiding kes Najib tidak boleh disiar secara langsung

Prosiding perbicaraan mantan perdana menteri, Encik Najib Razak berhubung dakwaan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta (S$14 juta) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bermula Rabu ini (3 Apr), tidak boleh disiarkan secara langsung.

Anggaran Waktu Membaca:
Prosiding kes Najib tidak boleh disiar secara langsung

Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 02 Apr 2019 02:13PM Dikemas Kini : 02 Apr 2019 02:17PM

PUTRAJAYA: Prosiding perbicaraan mantan perdana menteri, Encik Najib Razak berhubung dakwaan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta (S$14 juta) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bermula Rabu ini (3 Apr), tidak boleh disiarkan secara langsung.

Ini berikutan kenyataan Ketua Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan yang menyatakan kes perbicaraan di mahkamah tidak boleh disiarkan secara langsung atau dirakamkan oleh mana-mana media.

”Tiada perbicaraan di mana-mana mahkamah dibenarkan disiarkan secara langsung melalui mana-mana media atau dibenarkan untuk dirakamkan,”demikian menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan semalam (1 Apr).

Dilaporkan satu petisyen dalam talian oleh rakyat Malaysia dilancarkan bagi meminta kes perbicaraan Encik Najib berkaitan SRC International disiarkan secara langsung di televisyen.

Pada Ahad (31 Mac), Encik Najib menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya, berkata beliau menyokong perbicaraan bermula Rabu ini disiarkan secara langsung kerana rakyat mempunyai hak untuk tahu kebenaran kesnya itu.

Pada 4 Julai 2018, Encik Najib, 66 tahun, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta (S$14 juta).

Pada 8 Ogos 2018, Encik Najib didakwa di mahkamah atas tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama daripada dana serupa.

Bagaimanapun, Anggota Parlimen Pekan itu mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan tersebut.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan