Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Proses siapkan prasarana di Mina sudah selesai jelang musim haji

Kurang 11 hari sebelum bermulanya kemuncak ibadah haji kali ini, Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Abdul Fattah Mashat, mengumumkan proses menyiapkan prasarana di bandar Mina sudahpun selesai, menurut laporan Saudi Gazette.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kurang 11 hari sebelum bermulanya kemuncak ibadah haji kali ini, Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Abdul Fattah Mashat, mengumumkan proses menyiapkan prasarana di bandar Mina sudahpun selesai, menurut laporan Saudi Gazette.

Pihak berkuasa Saudi sudah bersedia untuk menerima sekitar satu juta jemaah haji dari dalam dan luar Saudi tahun ini.

Sementara itu, kakitangan Jabatan Ehwal Dua Masjid Suci Arab Saudi sudah selesai proses menaikkan kelambu Kaabah setinggi tiga meter sebagai persiapan bermulanya musim haji kali ini.

Bahagian Kaabah yang terdedah kemudian diselaputi kain putih sekelilingnya.

Proses tahunan itu bertujuan mengelakkan jemaah haji yang bertawaf daripada menarik atau merosakkan kain kiswah.

Namun sejak pandemik COVID-19 tahun lalu, orang ramai dihalang daripada mendekati Kaabah, sejajar dengan langkah-langkah jarak selamat.

Ini kerana sekeliling Kaabah masih ada hadangan buat tahun kedua berturut-turut sejak pandemik melanda pada 2020.

Kain kiswah juga akan ditukar kepada yang baru setiap tahun apabila jemaah haji berwukuf di padang Arafah pada 9 Zulhijjah.

Dalam pada itu, seorang pakar perubatan dan pengarah di jabatan kecemasan di Britain, Dr Imrah Zia, menasihati bakal jemaah haji agar bersedia menghadapi cuaca panas antara 40 hingga 45 darjah Selsius.

Penggunaan payung. kata beliau, amat berguna selain pemilihan pakaian berwarna cerah dan krim pelindung daripada terik matahari.
Sumber : Agensi berita/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan