Proses permit rumit punca Indonesia terlepas peluang jadi tuan rumah konsert Taylor Swift: Presiden Jokowi
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Gaya Chandramohan/CNA
JAKARTA: Proses birokratik kompleks yang melibatkan penganjuran acara di Indonesia - terutama sekali bagi penganjuran konsert - dipersalahkan apabila ekonomi terbesar Asia Tenggara itu terlepas peluang daripada menjadi tuan rumah bagi konsert-konsert artis antarabangsa.
Demikian menurut Presiden Joko Widodo.
Beliau merujuk contoh bintang pop Taylor Swift, yang mengadakan konsertnya di Singapura dan bukan di Indonesia.
"Mengapa Singapura selalu dapat menjadi tuan rumah kepada acara sedemikian? Ini kerana perkhidmatan berkesan mereka dalam menarik artis-artis ini, di samping sokongan kukuh pemerintah dari segi kemudahan, keselamatan dan faktor-faktor lain," jelas Encik Widodo, sepertimana dipetik CNN Indonesia di majlis pelancaran acara perkhidmatan pelesenan digital di Jakarta pada Isnin (24 Jun).
Singapura merupakan satu-satunya persinggahan di Asia Tenggara bagi konsert Taylor Swift "The Eras Tour" tahun ini, dengan tiket habis terjual bagi enam konsertnya yang berlangsung dari 2 hingga 4 Mac dan 7 hingga 9 Mac. Dilaporkan di media bahawa Singapura sudah memeterai perjanjian dengan Swift untuk menjadikan Singapura satu-satunya persinggahan Asia Tenggara sempena konsert jelajah dunianya itu.
Menurut Encik Widodo, sebilangan penonton Swift di Singapura terdiri daripada rakyat Indonesia. Malah, data Spotify menunjukkan bahawa 2.2 juta rakyat Indonesia merupakan para pendengar muzik artis itu.
Beliau kemudian menyentuh, sokongan menyeluruh pemerintah Singapura dalam mengendalikan akses dan memastikan keselamatan bagi acara antarabangsa merupakan satu faktor yang penting.
"Saya bertanya kepada penganjur (tempatan), dan mereka menyatakan proses pelesenan kami terlalu rumit," jelas Encik Widodo.
Beliau seterusnya menarik perhatian bahawa sistem pelesenan Indonesia yang lembap merupakan hambatan besar untuk menarik lebih banyak acara antarabangsa, dengan merujuk kepada acara Mandalika Moto GP yang diadakan di Nusa Tenggara Barat sebagai contoh.
Menurut Encik Widodo, penganjur acara tersebut memerlukan 13 permit dan surat saranan yang berbeza untuk menganjurkan acara itu.
Memperincikan mengenai kesan kewangan akibat terlepas peluang menganjurkan acara yang dikenali di peringkat antarabangsa, Encik Widodo menyatakan wang tersebut disalurkan dari Indonesia ke Singapura, sekali gus menyebabkan kehilangan kewangan bagi negara itu.
Encik Widodo berkata bahawa situasi hampir serupa terjadi apabila Singapura menjadi tuan rumah bagi konsert kugiran rock Britain Coldplay selama enam malam pada Januari lalu. Sementara itu, kugiran tersebut hanya mengadakan konsert untuk satu malam di Jakarta pada November tahun lalu di Stadium Utama Gelora Bung Karno sebagai sebahagian daripada konsert jelajah dunia Music Of The Spheres.
Encik Widodo menekankan bahawa perlu untuk Indonesia memudahkan sistem pelesenannya demi memastikan proses itu mudah diakses bagi para penganjur untuk menjadi tuan rumah bagi acara melibatkan artis asing, dengan tujuan proses itu boleh diperkemas kelak.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.