Skip to main content

Dunia

Proses pengundian Parlimen Padang Serai, DUN Tioman berjalan lancar, kata polis M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada Rabu (7 Dis) berjalan lancar setakat ini, kata Pengarah Operasi PRU15 Polis Diraja Malaysia (PDRM) Hazani Ghazali.

“Tiada apa-apa masalah, rakyat Malaysia cukup matang dan berdisiplin. Setakat ini (11 pagi), tiada laporan dibuat dan sebagainya. Jumlah anggota mencukupi dan juga ada pasukan sokongan,” katanya ketika ditemui wartawan selepas Majlis Penyerahan Sumbangan dan Bantuan Misi Bencana Banjir oleh 7-Eleven Malaysia kepada PDRM pada Rabu.
Beliau diminta mengulas mengenai keadaan semasa proses pengundian PRU15 di Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman, yang bermula 8.00 pagi Rabu dan akan tamat pada 6.00 petang nanti.

PRU15 di kedua-dua kawasan berkenaan ditangguhkan berikutan kematian calon yang telah disahkan bertanding iaitu M. Karupaiya daripada Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Padang Serai dan Md Yunus Ramli mewakili Perikatan Nasional (PN) di DUN Tioman.
PRU15 Parlimen Padang Serai menyaksikan pertembungan enam penjuru dengan saingan melibatkan calon PH, Barisan Nasional (BN), PN, Pejuang, Warisan dan Bebas. Bagaimanapun, BN bersetuju memberi laluan kepada PH di kerusi Parlimen itu pada 2 Disember lalu.

DUN Tioman pula menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon BN, PN, PH, Pejuang dan seorang Bebas tetapi PH sudah menyatakan menarik diri daripada PRU berkenaan sebagai tanda kesepakatan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan nasional.
 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita