Proses penamaan calon ditutup; kempen PRU15 bermula
Gambar: Bernama
PUTRAJAYA: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bermula 9.00 pagi tadi di 222 pusat penamaan calon di seluruh Malaysia selesai apabila kesemua pusat berkenaan ditutup secara rasminya pada 10.00 pagi Sabtu (5 Nov).
PRU15 melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang (42) dan Perlis (15) serta turut diadakan serentak ialah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah.
Pada PRU kali ini seramai 21,173,638 pemilih yang terdiri daripada 20,905,366 pengundi biasa, 146,737 tentera serta pasangan, 118,794 polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 2,741 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara, layak mengundi.
Sebaik sahaja pengisytiharan calon-calon yang bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selesai dilakukan, aktiviti kempen PRU15 selama 14 hari bermula secara rasmi sehingga 11.59 malam, 18 November nanti.
Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh dijangka mengadakan sidang media pada 12.00 tengah hari ini di Menara SPR bagi merumuskan proses penamaan calon yang dijalankan di seluruh negara.
SPR menetapkan hari pengundian PRU15 pada 19 November dan pengundian awal pada 15 November.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.