Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Proses pemilihan PKR akan dikaji semula, dedah Anwar Ibrahim

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim berkata mekanisme e-undi pada pemilihan PKR perlu dilihat semula memandangkan ia menimbulkan pelbagai masalah kepada segolongan pengundi terutama yang tidak celik teknologi maklumat (IT).

Anggaran Waktu Membaca:
Proses pemilihan PKR akan dikaji semula, dedah Anwar Ibrahim

Gambar fail Anwar Ibrahim semasa wawancara eksklusif bersama Mediacorp.

Diterbitkan : 17 Nov 2018 07:45PM Dikemas Kini : 17 Nov 2018 07:50PM

SHAH ALAM: Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim berkata mekanisme e-undi pada pemilihan PKR perlu dilihat semula memandangkan ia menimbulkan pelbagai masalah kepada segolongan pengundi terutama yang tidak celik teknologi maklumat (IT).

Beliau secara peribadi menyifatkan sistem manual (atas kertas) seperti sebelum ini adalah lebih baik, oleh itu akan membawa perkara berkenaan dalam jawatankuasa khas.

"Anda tanya pandangan peribadi saya, saya fikir kita kena kaji semula. Secara peribadi saya kurang minat tetapi parti ini (PKR) adalah parti demokratik.

“Namun ada anggota di kawasan luar bandar yang tidak begitu mahir komputer. Jadi timbul masalah besar dalam proses itu.

"Ini baik (menukar e-voting kepada kertas undi semula), tetapi (dalam hal) keahlian terus, kita bercakap mengenai kira-kira sejuta pengundi. Saya akan cadangkan kemudian bila mengambil alih, agar sebuah jawatankuasa khas mengkaji semula seluruh proses pemilihan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Kongres Nasional PKR ke-13 hari ini (17 Nov).

Pemilihan PKR kali ini mencipta sejarah apabila kali pertama undi dilaksanakan secara dalam talian menggunakan sistem e-undi secara digital berkonsepkan ‘satu ahli satu undi’ dengan 80,000 anggotanya layak mengundi.

Dalam pemilihan itu, 76 jawatan dipertandingkan di peringkat pusat dan 10,212 jawatan lagi membabitkan persaingan di peringkat cabang seluruh Malaysia.

Namun sistem berkenan terpalit dengan pelbagai masalah termasuk gangguan sistem talian, capaian internet, dakwaan penggodaman dan percubaan menggagalkan kelancaran dengan memasang ‘jammer’.

Perkara itu mencetuskan rasa tidak puas hati anggota parti dan calon bertanding.

Tempoh pemilihan terlalu panjang selama sembilan minggu pula dilihat ‘tidak produktif’ serta menghalang calon-calon terlibat memberi fokus kepada tugasan hakiki mereka.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan