Proses pembersihan Kaabah selesai
Satu pasukan teknikal khas Jabatan Dua Masjid Suci Islam, sudah menamatkan proses pembersihan Kaabah.
Para pekerja membersihkan kawasan mataf sekitar Kaabah pada 1 Ogos semasa musim haji 2020 di tengah COVID-19. (Gambar: AFP)
MAKKAH: Satu pasukan teknikal khas Jabatan Dua Masjid Suci Islam, sudah menamatkan proses pembersihan Kaabah.
Proses tersebut hanya mengambil masa 40 minit untuk diselesaikan, pada Selasa (26 Jan) dan ia dijalankan mengikut jadual program yang sudah ditentukan.
Ini menyusuli proses membersihkan kawasan mataf di hadapan Kaabah, sebelum ini.
Semua kerja-kerja pembersihan di Masjidil Haram di Makkah, dijalankan menerusi beberapa fasa termasuk proses membersihkan dinding Kaabah, kain kiswa serta pintu dan bumbung Kaabah dari luar.
Ia juga melibatkan penggunaan peralatan pembersihan terkini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.