Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Projek 'Ubin Plus' dilancarkan bagi kukuhkan prasarana digital rentas sempadan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Nov 2022 08:38PM Dikemas Kini : 03 Nov 2022 08:55PM
SINGAPURA: Singapura melancarkan satu inisiatif digital peringkat global bagi mengukuhkan kemampuan digital, serta menjadikan urus niaga mata wang asing rentas sempadan lebih pantas, murah dan selamat.

Projek 'Ubin Plus' akan mengkaji pelbagai model niaga dan struktur pentadbiran bagi mencari jalan untuk tingkatkan kecekapan serta mengurangkan risiko.

Ini termasuk menyediakan piawaian bagi menyokong penyelesaian antara wadah-wadah yang berbeza.

Berucap di acara pelancarannya pada Khamis (3 Nov), Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) Ravi Menon berkata, satu panduan dasar juga bakal ditubuhkan bagi meningkatkan ketersambungan prasarana digital rentas sempadan.

Menurut Encik Menon, Singapura ingin menjadi satu hab mata wang kripto, namun bukan untuk tujuan perdagangan dan spekulasi.

Encik Menon menarik perhatian bahawa terdapat bidang lebih luas bagi ekosistem aset digital selain mata wang kripto.

Tambah Encik Menon, "Nilai sebenar industri kripto bukan pada spekulasi ke atas mata wang itu. Tapi dengan mencipta aset token dan meletakkannya pada pembukuan pengagihan (DLT) bagi kegunaan yang dapat tingkatkan kecekapan ekonomi atau perkukuh penglibatan sosial."
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan