Projek TRX City diteruskan, Malaysia suntik S$951 juta
Lebih RM3 bilion dana kerajaan untuk projek itu diselewengkan untuk melunaskan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

(Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)
KUALA LUMPUR: Malaysia pada Khamis (21 Jun) menyatakan bahawa ia akan memperuntukkan dana sehingga RM2.8 bilion (S$950 juta) untuk meneruskan projek bangunan TRX City, sebuah pusat kewangan bersepadu.
Lebih RM3 bilion dana kerajaan untuk projek itu diselewengkan untuk melunaskan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata bahawa keputusan itu akan "membantu menangani kebimbangan" para pelabur tempatan dan antarabangsa mengenai nasib projek itu.
"Ini adalah satu contoh bagaimana 1MDB menggunakan projek berkenaan untuk membayar hutang-hutangnya yang tidak ada kaitan dengan projek tersebut," kata Encik Lim dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di televisyen tempatan Malaysia.
Tahun lalu, TRX City yang dimilik penuh Kementerian Kewangan Malaysia membatalkan perjanjiannya dengan syarikat China Railway Engineering Corp (CREC) dan Iskandar Waterfront Holding atas dasar bahawa ia "gagal memenuhi komitmen pembayaran yang terdapat dalam Syarat Prajanji".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.