Projek terowong bawah permukaan air pertama Asia Selatan sudah separa siap
(Gambar: Dhaka Tribune)
CHITTAGONG: Pembinaan terowong di bawah permukaan air di Bangladesh berjalan lancar apabila pembinaannya kini sudah separa siap.
Demikian menurut laporan agensi berita Xinhua.
Terowong Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman, terowong pertama Asia Selatan yang dibina di bawah permukaan air itu terletak di muara Sungai Kanapuri di bandar Chittagong, menghubungkan tebing timur dan barat Sungai Kanapuri.
Dibina syarikat China Communication Construction Co Ltd, terowong sepanjang 9.3 kilometer dengan kelajuan reka bentuk 80 kilometer sejam itu mendapat sokongan Bank Eksport-Import China.
Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina pada Sabtu (26 Nov) menyertai majlis penghargaan secara maya dari kediaman rasminya Ganabhaban di Dhaka sebagai menghargai usaha pihak yang terlibat dalam pembinaan projek itu.
Duta China ke Bangladesh Li Jiming berkata terowong tersebut akan mempertingkatkan pengangkutan tempatan dengan ketara serta memudahkan ketersambungan antara Bangladesh dan negara jiran.
Beliau berkata ia juga menunjukkan peranan penting Bangladesh dalam ketersambungan serantau, dan hab antara negara yang menyertai Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.