Projek tambakan bahagian Selatan Pulau Pinang tidak akan jejas sokongan terhadap PH: Ketua Menteri
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Facebook/Chow Kon Yeow 曹觀友
GEORGE TOWN: Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang yakin projek tambakan bahagian Selatan Pulau Pinang (PSI) yang baru sahaja menerima kelulusan Laporan Kajian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap gabungan tersebut menjelang pilihan raya negeri (PRN) nanti.
Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kemenangan besar PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan PRU-15 termasuk di kawasan tapak projek PSI itu menunjukkan rakyat menyokong projek dan gabungan tersebut.
"Projek PSI ini mula diperkenalkan pada 2013 dan pada PRU-14 serta PRU-15, projek PSI ini turut diumumkan kepada rakyat secara terbuka supaya mereka boleh menyatakan pendirian.
"Dalam pilihan raya tersebut kita menang besar dan kita turut menang di kerusi-kerusi (Dewan Undangan Negeri dan Parlimen) termasuk di kawasan tapak projek PSI serta kawasan yang berada berhampiran dengannya,” katanya dalam sidang akhbar pada Khamis (27 Apr), lapor agensi berita Utusan.
Projek PSI atau dahulunya dikenali sebagai projek tambakan laut selatan (PSR) merupakan projek seluas hampir 17 kilometer persegi membabitkan pembangunan tiga pulau buatan berkeluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut berdekatan Bayan Lepas.
Pada Rabu (26 Apr), Encik Kon Yeow yang juga Ketua Menteri mengumumkan projek PSI itu telah memperoleh kelulusan EIA daripada JAS.
Tambah Encik Kon Yeow, projek PSI itu sudah melalui perjalanan yang panjang dan kerajaan negeri amat telus dan terbuka mengenai apa sahaja kritikan mengenai projek tersebut.
Kata beliau, pihaknya juga tidak dapat menghalang mana-mana parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mempolitikkan isu berhubung PSI itu, lapor Utusan.
”Kita tidak boleh menghalang mana-mana pihak atau kumpulan daripada mempolitikkan perkara ini.
“Kita sangat terbuka mengenai projek PSI ini, malah kita tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan,” katanya, dipetik daripada Utusan.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.