Projek Rua Al Madinah, seluas 1.5 juta meter persegi dilancarkan bagi tampung 30 juta jemaah umrah
Anggaran Waktu Membaca:

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman. (Gambar: Bertrand GUAY / AFP)
MADINAH: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, melancarkan kerja-kerja binaan prasarana dan pelan induk Projek Rua Al Madinah, seluas 1.5 juta meter persegi pada Rabu (24 Ogos), menurut agensi berita Saudi Gazette.
Terletak di bahagian timur Masjid Nabawi, projek mega itu bertujuan menampung 30 juta jemaah Umrah, menjelang 2030.
Ia juga dijangka menambah lagi 47,000 bilik hotel, selain ruang menghijau seluas 83,000 meter persegi, lapor agensi berita Saudi Gazette.
Sejajar dengan Visi 2030 Saudi untuk mengalihkan pendapatan utamanya daripada sumber minyak, Projek Rua Al Madinah akan meletakkan bandar Saudi yang turut menempatkan Makam Nabi Muhammad sebagai destinasi budaya Islam yang moden.
Selain memudahkan kunjungan para pelawat ke Masjid Nabawi, projek mega itu juga bertujuan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di Saudi.

Sumber : Agensi berita/AZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.