Skip to main content

Dunia

Projek RTS JB-SG tepati sasaran mula operasi jelang hujung 2026

Anggaran Waktu Membaca:
Projek RTS JB-SG tepati sasaran mula operasi jelang hujung 2026

Gambar: CNA/Amir Yusof

Diterbitkan : 11 May 2023 07:55PM Dikemas Kini : 12 May 2023 03:00PM
JOHOR BAHRU: Projek Laluan Sistem Gerak Cepat(RTS) Johor Bahru-Singapura menepati sasaran akan disiapkan menjelang hujung tahun 2026 dan kerja-kerja binaan sudah mencapai tanda separuh jalan pada sebelah Singapura.

Berucap di sidang media di Johor Bahru pada Khamis (11 Mei), Menteri Pengangkutan Singapura S Iswaran turut mendedahkan bahawa kerja-kerja binaan pada sebelah Singapura sudah siap sekitar 50 peratus. Rakan sejawatannya dari Malaysia, Anthony Loke pula mendedahkan bahawa kerja-kerja binaan pada sebelah Malaysia sudah sekitar satu pertiga siap.

Kedua-dua menteri tersebut berkata demikian kepada para wartawan selepas melakukan lawatan ke tapak Jejambat Projek Laluan RTS di Johor Bahru bagi memeriksa kemajuan kerja-kerja binaan.

Encik Iswaran berkata: "Kerja-kerja binaan pada sebelah Singapura berhubung Laluan RTS mencatat kemajuan yang baik. Dan kami sudah menyelesaikan kira-kira 50 peratus kerja-kerja binaan awam untuk kedua-dua infrastruktur kereta api dan jejambat secara keseluruhannya. Secara ringkas, berdasarkan kemajuan yang dicapai oleh kedua-dua pihak, kami menjangkakan ia akan siap mengikut jadual untuk memulakan perkhidmatan penumpang menjelang hujung 2026."

Menurut Encik Iswaran, Beliau menarik perhatian bahawa pencapaian penting seterusnya akan disaksikan oleh kedua-dua perdana menteri Singapura dan Malaysia pada awal 2024.

Laluan RTS bermatlamat untuk menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dengan Woodlands bagi menampung sekitar 10,000 penumpang sejam setiap perjalanan untuk membantu mengurangkan kesesakan di Seberang Tambak.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita