Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Projek rintis Langkawi penanda aras buka sempadan kepada pelancong antarabangsa

Kerajaan akan menjadikan Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi sebagai penanda aras sebelum membuka sempadan negara kepada pelancong antarabangsa.

Anggaran Waktu Membaca:
Projek rintis Langkawi penanda aras buka sempadan kepada pelancong antarabangsa

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 30 Oct 2021 03:31PM Dikemas Kini : 30 Oct 2021 03:32PM

KOTA BHARU: Kerajaan akan menjadikan Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi sebagai penanda aras sebelum membuka sempadan negara kepada pelancong antarabangsa.

Bagaiamanapun, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri berkata pihaknya akan menilai prestasi projek rintis berkenaan terlebih dahulu. Beliau berkata keputusan untuk membuka sempadan negara juga perlu dilakukan secara berhati-hati.

Menurut Cik Nancy, perkara itu juga akan dinilai oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan sebagai langkah pencegahan, berkemungkinan kemasukan pelancong dari negara-negara tertentu akan dihadkan dari semasa ke semasa bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

“Kami mahu lihat prestasi projek Langkawi dahulu baru kami buka kepada yang lain-lain. Kami perlu berhati-hati sebab masih banyak negara yang berdepan dengan gelombang keempat… kami tidak mahu jadi seperti negara lain selepas buka terpaksa tutup semula.

"Malah, ramai yang meminta kepada kementerian kami untuk memberi kebenaran kepada orang luar (pelancong antarabangsa) untuk datang tetapi kami perlu bekerjasama dengan kementerian-kementerian yang berkaitan dahulu. Lagipun, kami hanya cadang tetapi ia akan ditentukan oleh MKN,” ujarnya.

Cik Nancy berkata demikian kepada wartawan selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya Pengkalan Datu di Pasar Terapung Resort Cerana Villa di Pengkalan Datu di Kota Bharu hari ini (30 Okt). 

Sebelum ini. media melaporkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) tidak menghadkan pelancong asing yang akan menyertai Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi mulai 15 November ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain bagi mengulas mengenai Belanjawan semalam, Cik Nancy berbesar hati dengan peruntukan yang diberikan kepada kementeriannya sebanyak RM1.6 bilion (S$521 juta) yang dilihat mampu untuk memulihkan ekonomi negara.

“Kami perlu menaik taraf infrastruktur yang ada dalam negara. Satu daripada tumpuan kami untuk menarik minat pelancong berbelanja besar. Walaupun tidak ramai tetapi mereka berbelanja besar.

"Selain itu, melalui dasar pelancongan negara, kami juga akan memastikan insfrastruktur kawasan yang mempunyai produk pelancongan akan dipertingkatkan. Malah, orang kita juga perlu meningkatkan diri mereka seperti belajar banyak bahasa untuk menarik minat pelancong terutamanya dari luar negara untuk memudahkan berkomunikasi,” katanya.

Semalam, Menteri Kewangan Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan beberapa inisiatif utama bagi sektor pelancongan dengan nilai keseluruhan RM1.6 bilion yang akan dilaksanakan pada tahun depan.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan