Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Projek rintis gelembung pelancongan Langkawi jana pendapatan RM24.9 juta

Projek rintis gelembung pelancongan di Langkawi yang dilancarkan pada 16 September lalu memberi sinar baru kepada industri pelancongan di pulau pelancongan itu apabila berjaya menjana pendapatan sebanyak RM24.9 juta (S$8 juta) setakat 6 Oktober lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

ALOR SETAR: Projek rintis gelembung pelancongan di Langkawi yang dilancarkan pada 16 September lalu memberi sinar baru kepada industri pelancongan di pulau pelancongan itu apabila berjaya menjana pendapatan sebanyak RM24.9 juta (S$8 juta) setakat 6 Oktober lalu.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata sejumlah 60,504 pelancong berkunjung ke Langkawi sehingga 6 Oktober lepas dengan purata 16 penerbangan sehari ke pulau itu manakala bagi laluan laut pula terdapat dua trip feri ke Langkawi masing-masing dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis serta dua trip untuk perkhidmatan feri “RORO” ke Langkawi dari Kuala Perlis.

“Melihat jauh ke hadapan, Langkawi dijangka akan dibuka kepada pelancong antarabangsa sekitar November atau Disember 2021 tertakluk kepada keputusan Kerajaan Persekutuan. Saya difahamkan oleh pihak MAS (Malaysia Airlines) terdapat permintaan yang sangat tinggi dalam kalangan pelancong antarabangsa untuk masuk ke Langkawi melalui Malaysia Airlines,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan “Langkawi Great Sales 2021” (LGS) di Langkawi yang disiarkan secara maya hari ini (10 Okt). Turut serta dalam majlis perasmian itu ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan